Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Wednesday, April 20, 2011

Cadangan FORUM ISRAK & MIKRAJ Surau Al-Falah 1432H

Assalamualaikum wrt,

Lanjutan daripada mesyuarat AJK Surau ke-8 pada 7 April 2011 @ 3 Jamadilawal 1432H, suatu ketetapan telah dibuat untuk pihak Surau Al-Falah menganjurkan program yang tersebut di atas. Ahli panel yang dicadangkan terdiri daripada gandingan 3 orang ustaz penceramah jemputan yang terkenal.

Tujuan program ini diadakan adalah sempena sambutan Israk & Mikraj disamping untuk mengumpul dana surau yang diperlukan bagi pembangunan tambahan bumbung di Dataran al-Falah serta menampung aktiviti kuliah, bil api/air dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, suatu AJK Adhoc yang diketuai oleh Tuan Hj Aminuddin akan dibentuk untuk mengendalikan program tersebut. Tuan/puan kariah yang berminat untuk turut serta dan memberikan sumbangan dalam AJK Adhoc berkenaan amat dialu-alukan. Sila hubungi Tuan Hj Aminuddin hp 019-3277943 untuk maklumat lanjut.

Mesyuarat pertama AJK FORUM AL-FALAH dijangka akan diadakan pada hari Sabtu 23 April 2011 / 19 Jamadilawal 1432H selepas solat Isyak di Dataran Al-Falah. Semua kariah yang ingin menyertai AJK FORUM dipersilakan hadir.

Sekian dimaklumkan, syukran jazakallahu khairan kathira.

bp AJK Surau Al-Falah

No comments:

Post a Comment