Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Thursday, June 2, 2011

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KERJA MENAIKTARAF PRASARANA SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK SELATAN, KUALA LUMPUR

Email: surau.alfalah.bts@gmail.com; BLOG: http://surau-alfalah-bts.blogspot.com


25 hb Mei 2011 / 21 Jamadilakhir 1432H

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KERJA MENAIKTARAF PRASARANA SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK SELATAN, KUALA LUMPUR
Dengan hormatnya kami bagi pihak kariah Surau Al-Falah, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur ingin memohon jasabaik YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan agar dapat memberikan sedikit sumbangan kepada kami untuk mengumpul dana bagi tujuan yang tersebut di atas.
Untuk makluman, AJK Surau Al-Falah bercadang untuk membina bumbung tambahan di dataran surau yang masih terdedah kepada panas dan hujan yang berukuran lebar hadapan 24’, lebar belakang 16’ x panjang 27’ x tinggi 3’. Kos pembinaan bumbung tersebut dan sebuah awning tambahan berukuran panjang 25’ x lebar 4’ berserta pemasangan lampu dan kipas dianggarkan sebanyak RM13,000.00. Gambarajah bumbung yang dicadangkan adalah seperti dilampirkan.
Binaan ini akan memberi manfaat dan keselesaan kepada kariah dan jemaah surau untuk menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang tahun terutamanya semasa bulan Ramadhan, sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, majlis Qurban, sambutan Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj, kuliah agama mingguan dan lain-lain lagi.
Sebarang lebihan daripada dana tersebut akan kami gunakan untuk mengurus aktiviti dan kemudahan asas surau seperti bil letrik dan air serta penyenggaraan kebersihan kawasan sekitar yang mana kos puratanya adalah antara RM450 – RM600 sebulan. Manakala kos menganjurkan kuliah agama mingguan memerlukan RM2,500 – RM3,000 sebulan. Pihak kami tidak menerima sebarang bantuan kewangan daripada mana-mana pihak. Oleh yang demikian, sumbangan daripada para dermawan amat bermakna dan kami alu-alukan.
Dengan sumbangan ikhlas daripada YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan, kami berharap akan dapat merealisasikan cadangan pembinaan tersebut di atas dalam tempoh yang terdekat. Sumbangan boleh diserahkan kepada Bendahari Tuan Hj Musbahuddin Kassim 019-6512323, Setiausaha Tuan Hj Nurulhuda Mat Nor 019-2420248 atau disalurkan terus ke akaun Surau di Bank Muamalat Cawangan Bandar Tasik Selatan No: 14080-0000-460710 di atas nama "SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK SELATAN".
Mudah-mudahan keprihatinan dan sumbangan ikhlas YBhg Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan kalian akan mendapat ganjaran pahala yang besar dan kami doakan agar rezeki yang diinfakkan akan dikurniakan keberkatan yang berlipat ganda oleh Allah SWT, insyaallah.
Sekian terima kasih, wassallam.
Yang benar,
Hj Dzainuddin Abd Jalil
Pengerusi Surau AL-FALAH
Sesi 2010/12
Hp: 019-3377705

CADANGAN TAMBAHAN BUMBUNG DI DATARAN SURAU AL-FALAH

CADANGAN TAMBAHAN AWNING

Borang2 boleh didapati di Surau

No comments:

Post a Comment