Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Saturday, February 4, 2012

SAMBUTAN DAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1433H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kami menjemput semua muslimin dan muslimat serta ahli keluarga qariah Bandar Tasik Selatan untuk menjayakan perarakan Maulidur Rasul dan hadir ke Majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan puan akan memeriahkan majlis dan beroleh keberkatan Allah swt.

Sehubungan dengan sambutan ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada tuan/puan untuk mengisi tabung surau yang memerlukan dana dalam pengurusan bil-bil dan penganjuran pelbagai aktiviti mingguan seperti kuliah agama, ceramah, dsb. Sumbangan boleh diserahkan kepada Bendahari Tuan Hj Musbahuddin Kasim (019-6512323) atau AJK yang lain dengan mengisi Borang Derma yang dilampirkan. Derma boleh juga dibuat melalui cek atas nama Surau Al-Falah Bandar Tasik Selatan, atau bank-in terus ke No. Akaun Bank Muamalat 14080000460710.