Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan !

Bagi pihak AJK Surau Al-Falah kami mengucapkan Salam Ramadhan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Sila klik pada link "Program Ihya Ramadhan" untuk aktiviti2 sempena bulan Ramadhan ini.

Saturday, July 23, 2011

Gambar2 Forum Isra' Mi'raj & Gotong-royong

Gambar2 Forum Isra' Mi'raj & Gotong-royong telah di 'upload' kan ke Web Album Al-Falah. Saksikannya di Link Web Album Al-Falah.

Monday, July 18, 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS LIQO' AL-MAHABBAH SURAU AL-FALAH 1432H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

Dengan sukacitanya pihak AJK Surau Al-Falah ingin menjemput semua kariah/jemaah (serta keluarga) Surau Al-Falah, Bandar Tasik Selatan (Fasa 1 & 2) ke majlis tersebut di atas seperti ketetapan berikut:

Tarikh    :  23 JULAI 2011 @ 21 SYAABAN 1432H (Sabtu)
Masa      :  11.00 pagi
Tempat  :  Dataran Surau AL-FALAH

Tetamu kehormat :  Ustaz/Ustazah Kuliah di Surau Al-Falah (Muslimin & Muslimah)

Program :  Bacaan Yasin/Tahlil Arwah/Tazkirah, dsb.
Jamuan makan tengahari disediakan.
Kesudian YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan hadir ke majlis tersebut akan menambah serikan lagi majlis kita.
Sekian terima kasih.

Pengerusi

Surau AL-FALAH

Tuesday, July 12, 2011

Nisfu Sya'aban

Surau Al-Falah akan mengnjurkan bacaan Yaasin sempena Nisfu Sya'aban pada hari Sabtu, 16/7/2011 selepas waktu Maghrib.
Semua ahli kariah dijemput hadir.

Monday, July 11, 2011

Surat Penghargaan

Semua Ahli Urusetia,
FORUM Israk Mikraj 1432H
Surau AL-FALAH BTS,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,


FORUM ISRAK MIKRAJ 1432H SURAU AL-FALAH


Alhamdulillah, terlebih dahulu kita amat bersyukur kerana dengan izin dan limpah rahmat Allah SWT, majlis FORUM tersebut telah terlaksana dengan lancar dan jayanya.


Bagi pihak AJK serta kariah Surau AL-FALAH, Bandar Tasik Selatan, kami amat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi tahniah kepada Pengerusi Urusetia FORUM, Tuan Hj Aminuddin Hj Mohd Salleh serta semua anggota urusetia FORUM yang telah berjaya melaksanakan majlis forum yang julung kali diadakan di Surau AL-FALAH pada 2 Julai 2011/30 Rejab 1432H dengan cemerlang. Ini membuktikan kesepakatan antara kariah amat penting dalam menjayakan sesuatu projek melalui perancangan yang rapi dan tersusun.
Untuk makluman kariah/jemaah Surau AL-FALAH, penganjuran FORUM ini telah berjaya mengumpulkan dana bagi tujuan menaiktaraf prasarana surau dengan jumlah kutipan yang amat memberangsangkan, iaitu melebihi sasaran awal RM20,000.00. Jumlah sebenar masih belum muktamat kerana mungkin ada lagi surat rayuan derma yang belum dikembalikan.
Kepada para penyumbang dan dermawan, kami ucapkan jutaan terima kasih di atas keikhlasan YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan mengisi dana surau yang amat diperlukan untuk menaiktaraf prasarana menjelang bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Semoga Allah kurniakan ganjaran pahala yang besar serta keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Sekian terima kasih. Jazakallahu khairan kathira.
Hj Dzainuddin Abd Jalil
Pengerusi
AJK Surau AL-FALAH

Tuesday, July 5, 2011

MESYUARAT AJK

Mesyurat AJK Surau Al Falah ke-9 sesi 2010/12 akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : Khamis, 7hb Julai 2011 / 5 Syaban 1432
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Dataran Al-Falah

Agenda:
1. Persiapan Ramadhan
2. Nisfu Syaban
3. lain-lain perkara berbangkit

Semua AJK diminta hadir.
Terima kasih