Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Saturday, March 19, 2011

Kuliah Maghrib Khas - Ahad, 20/03/2011

Tajuk : Kerapnya Kejadian Gempa Bumi Petanda Kiamat Besar Semakin Hampir?
Penceramah : Ustaz Mohd Helmi Ahmad Al-Hafiz (Kedah)

Datanglah beramai-ramai.

Wednesday, March 16, 2011

Perlantikan Tuan Hj Nurulhuda Mat Nor sebagai YDP BTSRA

Hj Nurul berucap dimajlis Aidil Fitri 2010

Bagi pihak AJK Surau Al-Falah serta kariah BTS Fasa 1, kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada tuan Setiausaha Surau Al-Falah, Tuan Hj Nurulhuda Mat Nor yang telah dipilih sebagai YDP BTSRA yang baru pada Mesyuarat Agong 27 Februari 2011.
Semoga tuan Hj Nurul akan dapat melaksanakan tugas kepimpinan yang diamanahkan dengan sebaik yang mungkin. Di pihak kariah dan ahli BTSRA, marilah kita berikan kerjasama sewajarnya kepada saf AJK yang dipilih agar segala program kemasyarakatan yang diatur akan berjalan dengan lancar dan memberi faedah kepada kesejahteraan warga BTS Fasa 1 keseluruhannya.
Kami pihak AJK Surau Al-Falah juga ingin menawarkan kepada BTSRA ruang/media penyampaian maklumat melalui Newsletter SUARA ALFALAH yang dikeluarkan setiap tiga bulan. Edisi ke-3 SUARA ALFALAH dijangka akan diedarkan pada hujung Mac 2011.

Sekian terima kasih.


 "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT".


Pengerusi
AJK Surau Al-Falah
2010/12

Sunday, March 13, 2011

Majlis Maulidurrasul pada 15 Feb 2011

 Gambar2 sempena majlis Maulidurrasul pada 15 Feb, 2011 telahpun dipamerkan di Web Album Al-Falah. Maaf kerana berlaku kelewatan oleh sebab berlaku sedikit masaalah teknikal.