Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Monday, February 7, 2011

Pengurusan Skim Khairat Takaful Surau Al-Falah

Assalamualaikum wrt wbr.

Re: Pengurusan Skim Khairat Takaful Surau Al-Falah

Merujuk kpd email reply drp pihak Koperasi Takaful berkenaan Tuntutan
ke atas Polisi Skim Khairat Kematian sekiranya berlaku musibah.
Ringkasan kaedah pengurusan sesuatu kes tuntutan adalah spt berikut:

a) Tuntutan hendaklah di hantar ke Takaful tidak lewat 3 bulan dari
tarikh kematian (spt dalam sijil kematian yang disahkan). Waris simati
perlu serahkan dokumen kepada AJK Surau/Penyelaras Skim Khairat.
b) Tempoh proses sesuatu tuntutan : lebih kurang 2 minggu dari tarikh
dokumen tuntutan diterima oleh pihak Takaful (tertakluk kepada dokumen
yang lengkap).
c) Dokumen yang perlu dihantar bersama tuntutan : (1) salinan KP
simati & (2) sijil kematian - kedua-dua hendaklah disahkan oleh
pegawai kerajaan jawatan A. (3) salinan sijil Takaful berkelompok juga
hendaklah dilampirkan.
d) Bayaran akan di buat oleh Takaful melalui cek di atas nama SURAU AL-FALAH.
e) AJK Surau akan menentukan waris yang berhak menerima bayaran berkenaan.
f) Amaun akan dibayar kepada waris setelah ditolak RM1,000 wang
pendahuluan surau dan cas perkhidmatan (akan ditentukan dlm mesyuarat
AJK akan datang).
g) Wang pendahuluan RM1,000 akan dibayar oleh Bendaharai Surau kepada
waris pada hari musibah berlaku (seperti dipersetujui dalam mesyuarat
AJK pada 20 Januari 2011).

Status terkini :
Batch 1 : Sijil induk No. GFE00169/60 untuk 20 peserta (23/11/10 - 22/11/11)
Batch 2 : Sijil induk No. GFE00169/61 untuk 15 peserta (11/12/10 - 10/12/11)
Batch 3 : Dalam proses kelulusan (11 peserta)
Batch 4 : Akan dihantar Februari 2011.

Sekian,
 
Pengerusi Surau Al-Falah

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1432H

01 Februari 2011 / 27 Safar 1432H


Ahli Jemaah / Qariah
Surau Al Falah
Bandar Tasik Selatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1432H

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Al Falah & Ahli Qariah dalam mesyuarat pada 20 Januari 2011 telah memutuskan untuk mengadakan program sambutan di atas seperti berikut :

Tarikh / Masa / Aktiviti

15 Februari 2011 (SELASA) Bersamaan 12 Rabbiul Awal 1432H

7.45 pagi Solat Dhuha Berjemaah
8.00 pagi Perarakan Sambutan Maulidul Rasul Melalui Jalan-jalan di Dalam Kawasan Taman Bandar Tasik Selatan Fasa 1. Digalakkan Memakai Baju Melayu/Baju kurong
9.00 pagi Jamuan Makan Di Dataran Al Falah
5.30 ptg Mengemas dan Membersih Dataran Al-Falah
7.25 mlm Solat Maghrib Berjemaah
7.40 mlm Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Fathlul Rahimi
8.41 mlm Solat Isyak Berjemaah
9.00 mlm Jamuan Makan (Pot-luck serta kuih-muih dan buah-buahan)
Kami menjemput semua muslimin dan muslimat serta ahli keluarga /qariah Bandar Tasik Selatan untuk menjayakan perarakan maulidul Rasul dan hadir ke Majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan puan akan memeriahkan majlis dan beroleh keberkatan Allah swt.
Sehubungan dengan sambutan di atas, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada Dato/Datin/tuan/puan untuk mengisi tabung surau yang memerlukan dana dalam pengurusan bil dan penganjuran pelbagai aktiviti mingguan seperti kuliah agama, ceramah, dsb. Sumbangan boleh diserahkan kepada Bendahari Tuan Hj Musbahuddin Kasim (019-6512323) atau AJK yang lain dengan mengisi Borang Derma yang dilampirkan. Derma boleh juga dibuat melalui cek atas nama SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK SELATAN, atau bank-in terus ke No. Akaun Bank Muamalat 14080000460710.
Sekian, terima kasih. Jazakallahu khairan kathira.
Yang benar ,

(Hj Dzainuddin bin Abd Jalil)
Pengerusi Jawatan Kuasa
Surau Al Falah BTS