Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Thursday, August 25, 2011

SOLAT SUNAT AIDIL FITRI 1432H

SURAU AL-FALAH AKAN MENGADAKAN SOLAT SUNAT AIDIL FITRI 1432H SEPERTI BERIKUT:

TARIKH: 1 SYAWAL 1432H

MASA: 8.30 PAGI
PARA JEMAAH & KARIAH YG BELUM PULANG KE KAMPUNG DIGALAKKAN HADIR SEAWAL 7.45 PAGI UNTUK SAMA-SAMA BERTAKBIR & BERTAHMID SEBELUM SOLAT AIDIL-FITRI DIMULAKAN.

SYUKRAN, JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA.

b/p AJK Surau AL-FALAH

MAJLIS ZIARAH & MARHABAN SURAU AL-FALAH

TARIKH: MALAM 1 SYAWAL 1432H

MASA: SELEPAS SOLAT ISYAK & TAKBIR DI SURAU
ATURCARA : ZIARAH DARI RUMAH-KE-RUMAH SAMBIL MARHABAN

PARA JEMAAH & KARIAH BTS (FASA 1 & 2) YANG INGIN MENJADI HOS (TUAN RUMAH) MAJLIS INI DIMINTA MENDAFTAR NAMA KEPADA SETIAUSAHA SURAU, TUAN HJ NURULHUDA 019-2420248.

SYUKRAN, JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA.

b/p AJK Surau AL-FALAH

Tuesday, August 16, 2011

IHYA’ DAN IFTAR RAMADHAN KAREEM 1432H

IHYA’ DAN IFTAR RAMADHAN KAREEM 1432H ANJURAN
SURAU AL FALAH BANDAR TASIK SELATAN, KUALA LUMPUR

Aturcara Program Pada 20 Ogos 2011 ( Sabtu )

Kuliah Suboh – Ustaz Mohd Maliki
Majlis Khatam Al Quran Muslimat Surau Al Falah – 9.00 pagi
Majlis Khatam Al Quran Muslimin Surau Al Falah – 6.00 petang
Iftar Ramadhan (Majlis Berbuka Puasa)
Solat Maghrib Berjamaah
Solat Isya’ Berjamaah
Solat Sunat Hajat – Untuk Pelajar-Pelajar Yang Menghadapi Peperiksaan UPSR,PMR,SPM,STAM,STPM
Solat Tarawikh
Tazkirah Ramadhan – Tuan Guru Sheikh Mohd Ali Isnin
Solat Witir
Tahlil Arwah

Aturcara Program Pada 21 Ogos 2011 ( Ahad )

Qiamullial – 3.30 pagi – Tuan Guru Sheikh Mohd Ali Isnin
Sahur – 5.00 pagi
Solat Subuh Berjamaah
Kuliah Suboh – Tuan Guru Sheikh Mohd Ali Isnin

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT BERSERTA KELUARGA DI JEMPUT HADIR BERSAMA-SAMA

Friday, August 5, 2011

Perutusan Dari Pengerusi Surau Al-Falah

Assalamualaikum wrt,
Kariah Surau Al-Falah yang dihormati sekalian,
Salam ramadhan "kareem" yang bermaksud bulan kesejahteraan dimana umat Islam diwajibkan berpuasa dan Allah menurunkan rahmat dan dimurahkan pintu rezeki atau "generousity" kepada hambanya yang taat, semoga mereka mendapat ketaqwaan yang sebenarnya, insyaAllah, Wallahu a'lam. Oleh sebab itu menderma atau bersedekah dalam bulan Ramadhan amat digalakkan dalam Islam dan Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan yang lain.
Beberapa hari ramadhan berlalu, kariah Surau Al-Falah merasa sesuatu kekurangan dan saya percaya ramai yang tertanya-tanya apa dah jadi ...?? Suasana yang biasanya meriah selepas solat tarawih dan witir, dengan riuh rendah suara anak-anak kariah menjamu juadah moreh ..... kaum ibu dan bapa dapat bersembang bertanya khabar sambil menikmati minuman dan juadah yang dihidangkan....... menjadi agak suram .... kerana tiada moreh yang disediakan. Bagi pihak AJK Surau, kami momohon maaf kerana berlaku sedikit kesilapan teknikal yang menyebabkan tiadanya moreh beberapa hari yang lepas.
Kami AJK Al-Falah amat prihatin dengan keadaan tersebut .... dan insyaAllah telah mendapat jalan penyelesaian kepada "technical glitch" berkenaan.... Maklumlah pengurusan jamuan bukanlah sesuatu tugas yang remeh dan memerlukan tenaga kerja yang agak ramai. Atas kesibukan tugas harian, mungkin tidak ramai ahli kariah yang sanggup memberi komitmen menguruskan moreh sepanjang bulan Ramadhan ini.


Apa pun .... alhamdulillah moreh akan kembali insyaAllah mulai malam ke 6 Ramadhan ... setelah 5 hari Dataran Al-Falah menyepi buat seketika. Kami bersetuju untuk menyediakan moreh dengan sedikit pendekatan yang berbeza daripada tahun-tahun yang lepas.

Juadah moreh tahun ini tidak dibuat secara "buffet" seperti yang lepas-lepas. Ia akan disediakan secara packing oleh "caterer" yang telah bersetuju bekerjasama menjayakan program moreh Surau Al-Falah tahun ini. Ini bertujuan memudahkan urusan penyediaan dan untuk menjaga kebersihan di Dataran Al-Falah.


Kepada kariah yang ingin menaja moreh, diharap dapat memberikan kerjasama dengan kaedah penyediaan juadah yang serupa.


Akhir kata kami sekali lagi memohon maaf kiranya peraturan tersebut di atas memberi kesulitan kepada para kariah sekalian. Sokongan dan kerjasama tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


Wassallam.

Bagi pihak


AJK Surau Al-Falah