Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Tuesday, November 30, 2010

SAMBUTAN AWAL MUHARRAM/MAAL HIJRAH 1432H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Al Falah & Ahli Qariah dalam mesyuarat pada 22 November 2010 telah memutuskan untuk mengadakan program seperti berikut :

Tarikh Masa Aktiviti : 11 Dis 2010 (SABTU) bersamaan 4 Muharram 1432H

9.00 pagi Gotong royong memasak
1.05 tgh Solat zohor berjemaah
1.30 tgh Makan tengahari
5.30 ptg Mengemas kerusi meja Dataran Al-Falah
7.05 mlm Solat maghrib berjemaah
7.30 mlm Ceramah Maal Hijrah
8.30 mlm Solat Isyak berjemaah
9.00 mlm Jamuan Makan

Kami menjemput semua muslimin dan muslimat serta keluarga ahli-ahli jemaah/qariah Bandar Tasik Selatan hadir ke Majlis/Program tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan puan akan memeriahkan majlis dan beroleh keberkatan Allah swt.

Sehubungan dengan sambutan di atas, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada Dato / Datin / tuan / puan untuk mengisi tabung surau yang memerlukan dana dalam penganjuran pelbagai aktiviti mingguan seperti kuliah agama, Maulidur Rasul, dsb. Sumbangan boleh diserahkan kepada Bendahari Tuan Hj Musbahuddin Kasim (019-6512323) atau AJK yang lain dengan mengisi Borang Derma yang dilampirkan. Derma boleh juga dibuat melalui cek atas nama

SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK SELATAN, No. Akaun Bank Muamalat 14080000460710.

Sekian, terima kasih. Jazakallahu khairan kathira.

Yang benar,

(Hj Dzainuddin bin Abd Jalil)
Pengerusi Jawatan Kuasa
Surau Al Falah BTS

Friday, November 19, 2010

Ibadah Korban 1431H

Bismillahirrahman nirrahim,

Alhamdulillah dan syukur kita panjatkan kepada Allah SWT, kerana dengan limpah nikmat dan rahmatnya kita telah berjaya menjalankan ibadah korban yang amat dituntut ke atas kita umat Nabi Muhammad SAW.

Bagi pihak AJK Surau Al-Falah, kami ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua qariah Bandar Tasik Selatan (Fasa 1 & 2) yang turut sama-sama bergotong royong menjayakan ibadah korban 1431H di Surau Al-Falah pada 10 Zulhijjah 1431H bersamaan 17 November 2010. Majlis pada hari itu amat bermakna sekali kepada kita qariah BTS kerana dengan semangat "PENGORBANAN" dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak, dari peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas (muslimin dan muslimah), kita berjaya menyempurnakan ibadah penyembelihan 4 ekor lembu seawal 11 pagi.

Tidak lupa juga kita ucapkan terima kasih kepada petugas-petugas jemputan daripada qariah jiran taman perumahan berhampiran yang turut mengorbankan masa mereka bersama-sama kita menjayakan majlis pada hari tersebut. Suasana kemeriahan dalam cuaca redup dan tenang pada pagi itu melancarkan lagi majlis kita. Semoga kita semua mendapat keredhaan dan keberkatan daripada ALLAH swt. Sama-samalah kita pohonkan kepada Allah agar ibadah korban kita tahun ini diterima dan beroleh ganjaran yang sewajarnya, wallahu 'alam.

Kepada para dermawan dan penyumbang yang berkenaan, kami ucapan ribuan terima kasih. Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan beroleh keberkatan dari Allah swt.

Akhir kata, bagi pihak AJK Surau Al-Falah kami ingin memohon ampun dan maaf kepada semua qariah BTS dan jiran berhampiran sekiranya terdapat berbagai kelemahan dan kekurangan dalam mengendalikan majlis tersebut. Kami kira majlis ini sedikit sebanyak telah berjaya megeratkan lagi ukhwah dan silaturrahim di antara kita semua di qariah ini. Diharapkan majlis ini dapat kita teruskan di masa akan datang, insyaAllah.

Sekian, jazakallahu khairan kathira.

AJK Surau Al-Falah



Nota: Untuk gambar2 solat sunat Aidil Adha & Majlis Korban sila rujuk Web Album Al-Falah

Monday, November 15, 2010

Skim Khairat Takaful

Lanjutan kepada taklimat Skim Khairat Takaful yang diadakan di dataran AL-FALAH pada 14 November 2010.

Maklumat Skim Khairat Takaful serta borang penyertaan boleh dimuat-turun dari bahagian "Maklumat Am" >>>

Borang yang telah diisi boleh diserahkan kepada Pengerusi Surau AL-FALAH (sementara menunggu penyelaras AL-FALAH yang dipilih) berserta wang caruman RM20.00 untuk dihantar ke Koperasi Takaful secara berkumpulan. Pihak AJK Surau akan berbincang lebih lanjut mengenai pengurusan Skim Berkelompok ini untuk kemudahan semua qariah yang berminat. Sebarang keputusan akan dimaklumkan kepada semua qariah kemudian.

NOTA: Ahli qariah yang mempunyai email digalakkan menghantar ke email AL-FALAH surau.alfalah.bts@gmail.com untuk memudahkan edaran maklumat secara elektronik yang pantas dan mudah diakses 24x7 dari mana-mana tempat sekali pun.

Untuk mengelakkan kelewatan pengaktifan Skim Khairat Kematian Surau AL-FALAH yang dicadangkan, saya sebagai penyelaras sementara akan menghantar borang-borang penyertaan yang diterima (lengkap dengan bayaran RM20) setiap dua minggu ke pihak Koperasi Takaful untuk didaftarkan secepat mungkin. Sesiapa yang lewat menghantar borang selepas tarikh tersebut akan menunggu peringkat dua minggu akan datang dan seterusnya.

Jadual penghantaran borang ke Koperasi Takaful yang dicadangkan sebelum akhir 2010 adalah seperti berikut:

a) Batch 1 : 25 November 2010
b) Batch 2 : 9 Disember 2010
c) Batch 3 : 23 Disember 2010

NOTA: Jadual di atas mungkin dipercepatkan sekiranya sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Harap mendapat perhatian dan tindakan SEGERA daripada semua qariah yang berminat.

Syukran, jzk.

Pengerusi AL-FALAH

Saturday, November 13, 2010

TAKLIMAT TAKAFUL KHAIRAT

Satu taklimat mengenai Skim Takaful Khairat Berkelompok akan disampaikan oleh Pengurus, Koperasi Takaful Ikhlas seperti berikut:

Tempat : Dataran Al-Falah
Tarikh & Waktu : Ahad, 14 Nov, 2010 Jam 11.30 pagi (selepas gotong-royong)

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir.

SALAM TAHNIAH UPSR 2010

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Kami AJK Surau AL-FALAH ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada anak-anak Qariah BTS (Fasa 1 & 2) yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2010.
Bersyukurlah kerana segala usaha keras anda selama ini telah diberkati ALLAH.

Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada pencapaian yang lebih baik di peringkat PMR, SPM dan seterusnya, insyaallah.

AJK Surau AL-FALAH

Monday, November 8, 2010

Gotong Royong Sempena Aidil Adha

Tempat : Surau Al-Falah

Tarikh : Ahad, 14/11

Waktu : Bermula jam 8.30 pagi

Semua Ahli Jemaah Dijemput Hadir

Sila Bawa Peralatan Yang Bersesuaian

Thursday, November 4, 2010

Gambar2 Majlis Pengislaman pada 28/10/2010

Perkim Caw. Sg Besi dengan kerjasama Surau Al-Falah telah mengadakan satu majlis pengislaman pada hari Khamis, 28 Okt 2010 selepas Solat Isya' bertempat di Surau Al-Falah. 2 orang saudara kita yang telah memeluk islam adalah:
1. Saudara Mohd Firdaus b Abdullah yang dahulunya dikenali sebagai Letchum Ganthan a/l Palaniappan berumur 27 tahun yang berasal dari Kedah
2. Saudari Nur Ain bt Abdullah berumur 29 tahun yang dahulunya dikenali sebagai Florina Galingoh dari suku kaum kadazan dan berasal dari Sabah.

Sila lihat gambar2 di Web Album Al-Falah >>>

Gambar2 sumbangan Ir. Mohd Zain & Cikgu Amry.

Monday, November 1, 2010

Rakaman Program Bicara Mufti Pada 30/10/2010

Assalamualaikum wrt,

Kepada semua qariah BTS dan warga ASDAT (Sg Besi), kami bagi pihak AJK Surau Al-Falah ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kehadiran Dato'/Datin/tuan/puan dalam menjayakan program penggambaran berkenaan.

Tidak lupa terima kasih kita kepada penaja jamuan, RESTORAN MOHD ALI yang turut memeriahkan acara pada hari itu.

Insyaallah, kedua-dua tajuk BICARA MUFTI yang dirakamkan di Surau Alfalah pada 30 Oktober 2010 itu, akan disiarkan di TV1 dalam bulan November ini. Tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

Syukran, jazakallahu khairan kathira.

Klik pada link Web Album Al-Falah untuk gambar2 pada majlis tersebut >>>>>


Pengerusi.