Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Friday, November 19, 2010

Ibadah Korban 1431H

Bismillahirrahman nirrahim,

Alhamdulillah dan syukur kita panjatkan kepada Allah SWT, kerana dengan limpah nikmat dan rahmatnya kita telah berjaya menjalankan ibadah korban yang amat dituntut ke atas kita umat Nabi Muhammad SAW.

Bagi pihak AJK Surau Al-Falah, kami ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua qariah Bandar Tasik Selatan (Fasa 1 & 2) yang turut sama-sama bergotong royong menjayakan ibadah korban 1431H di Surau Al-Falah pada 10 Zulhijjah 1431H bersamaan 17 November 2010. Majlis pada hari itu amat bermakna sekali kepada kita qariah BTS kerana dengan semangat "PENGORBANAN" dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak, dari peringkat kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas (muslimin dan muslimah), kita berjaya menyempurnakan ibadah penyembelihan 4 ekor lembu seawal 11 pagi.

Tidak lupa juga kita ucapkan terima kasih kepada petugas-petugas jemputan daripada qariah jiran taman perumahan berhampiran yang turut mengorbankan masa mereka bersama-sama kita menjayakan majlis pada hari tersebut. Suasana kemeriahan dalam cuaca redup dan tenang pada pagi itu melancarkan lagi majlis kita. Semoga kita semua mendapat keredhaan dan keberkatan daripada ALLAH swt. Sama-samalah kita pohonkan kepada Allah agar ibadah korban kita tahun ini diterima dan beroleh ganjaran yang sewajarnya, wallahu 'alam.

Kepada para dermawan dan penyumbang yang berkenaan, kami ucapan ribuan terima kasih. Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan beroleh keberkatan dari Allah swt.

Akhir kata, bagi pihak AJK Surau Al-Falah kami ingin memohon ampun dan maaf kepada semua qariah BTS dan jiran berhampiran sekiranya terdapat berbagai kelemahan dan kekurangan dalam mengendalikan majlis tersebut. Kami kira majlis ini sedikit sebanyak telah berjaya megeratkan lagi ukhwah dan silaturrahim di antara kita semua di qariah ini. Diharapkan majlis ini dapat kita teruskan di masa akan datang, insyaAllah.

Sekian, jazakallahu khairan kathira.

AJK Surau Al-Falah



Nota: Untuk gambar2 solat sunat Aidil Adha & Majlis Korban sila rujuk Web Album Al-Falah

1 comment:

  1. Assalamualaikum wrt,

    Kepada penyumbang T-shirt petugas dan lain-lain bentuk sumbangan sempena majlis ibadah korban qariah BTS, pihak AJK Surau Al-Falah mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan yang dikeluarkan daripada sebahagian rezeki kurniaan Allah, merupakan suatu bentuk "pengorbanan" dan mendapat keredhaan serta ganjaran pahala yang besar daripada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (ar-rahmani ar-rahiim).

    Jazakallahu khairan kathira.

    AJK Surau Al-Falah

    ReplyDelete