Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Monday, November 15, 2010

Skim Khairat Takaful

Lanjutan kepada taklimat Skim Khairat Takaful yang diadakan di dataran AL-FALAH pada 14 November 2010.

Maklumat Skim Khairat Takaful serta borang penyertaan boleh dimuat-turun dari bahagian "Maklumat Am" >>>

Borang yang telah diisi boleh diserahkan kepada Pengerusi Surau AL-FALAH (sementara menunggu penyelaras AL-FALAH yang dipilih) berserta wang caruman RM20.00 untuk dihantar ke Koperasi Takaful secara berkumpulan. Pihak AJK Surau akan berbincang lebih lanjut mengenai pengurusan Skim Berkelompok ini untuk kemudahan semua qariah yang berminat. Sebarang keputusan akan dimaklumkan kepada semua qariah kemudian.

NOTA: Ahli qariah yang mempunyai email digalakkan menghantar ke email AL-FALAH surau.alfalah.bts@gmail.com untuk memudahkan edaran maklumat secara elektronik yang pantas dan mudah diakses 24x7 dari mana-mana tempat sekali pun.

Untuk mengelakkan kelewatan pengaktifan Skim Khairat Kematian Surau AL-FALAH yang dicadangkan, saya sebagai penyelaras sementara akan menghantar borang-borang penyertaan yang diterima (lengkap dengan bayaran RM20) setiap dua minggu ke pihak Koperasi Takaful untuk didaftarkan secepat mungkin. Sesiapa yang lewat menghantar borang selepas tarikh tersebut akan menunggu peringkat dua minggu akan datang dan seterusnya.

Jadual penghantaran borang ke Koperasi Takaful yang dicadangkan sebelum akhir 2010 adalah seperti berikut:

a) Batch 1 : 25 November 2010
b) Batch 2 : 9 Disember 2010
c) Batch 3 : 23 Disember 2010

NOTA: Jadual di atas mungkin dipercepatkan sekiranya sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Harap mendapat perhatian dan tindakan SEGERA daripada semua qariah yang berminat.

Syukran, jzk.

Pengerusi AL-FALAH

1 comment:

  1. Kemaskini Info Skim Khairat Takaful Surau Al-FALAH.

    Alhamdulillah, setakat ini 2 batch kariah telah menyertai skim ini. Bilangan pemohon yang telah menghantar borang adalah seperti berikut.

    Batch 1(23nov 2010) : 20 keluarga (jumlah isi keluarga 78 orang)
    Batch 2 (11dec 2010) : 15 keluarga (jumlah isi keluarga 57 ornag)

    Jumlah : 35 keluarga (jumlah isi rumah 135 orang)

    Pihak Koperasi Takaful sedang memproses borang permohonan. Sijil berkelompok kariah Al-Falah akan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan syarikat Takaful.

    Mereka yang belum menghantar borang, sila serah borang kepada saya untuk serahan Batch 3 pada 22 Disember 2010.

    Syukran jazakumullahu khairan kathira.

    Penyelaras
    Skim Khairat Al-Falah

    ReplyDelete