Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Friday, December 21, 2012

Ceramah Khas

Kepercayaan Khurafat & Tahyul Dalam Masyarakat Melayu
Anjuran bersama Jakim & Surau Al-Falah

Penceramah : Dr Faisal Abdul Hamid (UM)

Tarikh : Sabtu, 22/12/2012
Waktu : Lepas Maghrib

Semua Ahli Kariah Dijemput Hadir

Friday, August 10, 2012

Majlis Berbuka Puasa

Hajat : Tuan Hj Aminuddin & Keluarga
Tarikh : Sabtu, 11/08/2012

Semua Jemaah Dijemput hadir

Saturday, August 4, 2012

Majlis Khatam Al-Quran, Buka Puasa & Qiamulail

Sabtu, 4/6/2012
8:30 pg : Majlis Khatam Al-Quran Muslimat
5:00 ptg : Majlis Khatam Al-Quran Muslimin
Maghrib : Majlis Berbuka Puasa Anjuran Surau Al-Falah, Jemaah digalakkan membawa makanan

Ahad, 5/6/2012
3:30 pg : Qiamulail
5:00 pg : Sahur
Lepas Subuh : Kuliah Subuh

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan

Assalamu’alaikum kariah dan jemaah Surau AL-FALAH (BTS),


Selamat Berpuasa. Semoga kita semua beroleh ganjaran dalam

menunaikan ibadah puasa tahun ini, insyaallah. Amin!

Alhamdulillah, pertama sekali kita bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dipanjangkan usia bertemu dengan bulan Ramadhan untuk tahun 1433H/2012M ini.

Kita sedia maklum betapa besarnya pahala puasa Ramadhan. Bayangkan jika kita boleh menambah pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain, maka pahala yang kita raih lebih berlipat kali ganda.

Subhanallah! Dan ini boleh terjadi hanya dengan bersedekah, yaitu dengan memberikan hidangan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda:

من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikit pun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء

“Rasulullah SAW biasa berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah), jika tidak ada maka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada maka dengan beberapa teguk air.” (HR. At Tirmidzi, Ahmad, Abu Daud, disahihkan Al Albani di sahihkan At Tirmidzi, 696)
Selain itu, sifat dermawan jika di tambah lagi dengan tafaqquh fiddin, mempelajari agama dengan baik, sehingga terkumpul dua sifat yaitu alim dan ju’ud (dermawan), akan dicapai kedudukan hamba Allah yang paling tinggi. Rasulullah SAW bersabda:

إنَّما الدنيا لأربعة نفر: عبد رزقه الله مالاً وعلماً فهو يتقي فيه ربه ويصل فيه رحمه، ويعلم لله فيه حقاً فهذا بأفضل المنازل

“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)
Betapa Allah Ta’ala sangat pemurah kepada hamba-Nya dengan membuka kesempatan menuai pahala begitu mudahnya di bulan Ramadhan yang penuh barokah ini.
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)
Keutamaan Bersedekah
Allah SWT benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ia menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan kepada mereka yang gemar bersedekah. Terdapat ratusan dalil yang menceritakan keberuntungan, keutamaan, kemuliaan orang-orang yang bersedekah. Oleh itu marilah kita berlumba-lumba memperbanyakkan amalan sedekah pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Bagi kita di Malaysia, peluang untuk merebut pahala yang besar ini sangat luas. Kita boleh bersedakah di surau, rumah anak yatim, pusat tahfiz al-Quran dan kepada mualaf atau saudara baru agama Islam.
Bayangkan anda beroleh pahala di atas segala pembacaan Al-Quran serta ibadah puasa mereka setiap hari. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa besar kurniaanNya kepada kita, insyaAllah.
Wallahu a’lam.

Utk menderma ke Tabung Surau AL-FALAH:

Muslimin/Muslimat boleh salurkan terus ke Akaun Bank Muamalat Cawangan Bandar Tasik Selatan No: 14080-0000-460710 atas nama “SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK SELATAN”.

Syukran jazzakallahu khairan.

Monday, June 25, 2012

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK Surau Al-Falah

Tarikh : Ahad, 1/07/12 selepas Solat Isyak
Tempat : Dataran Al-Falah
Agenda : Program tahunan dan persiapan utk Ihya Ramadhan 1433H

Sila sahkan kehadiran

Tuesday, June 19, 2012

Sambutan Isra' Mi'raj

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sambutan Isra' Mi'raj Surau Al-Falah akan diadakan pada esok, Rabu 20 Jun, 2012 selepas Maghrib.


Penceramah : Ustaz Nasir Al Haj.

Jamuan sediakan.
Tolong sampaikan kepada jiran-jiran dan ahli kariah yg lain.

Jazakallahu khairan kathira.

Saturday, February 4, 2012

SAMBUTAN DAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1433H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kami menjemput semua muslimin dan muslimat serta ahli keluarga qariah Bandar Tasik Selatan untuk menjayakan perarakan Maulidur Rasul dan hadir ke Majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan puan akan memeriahkan majlis dan beroleh keberkatan Allah swt.

Sehubungan dengan sambutan ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada tuan/puan untuk mengisi tabung surau yang memerlukan dana dalam pengurusan bil-bil dan penganjuran pelbagai aktiviti mingguan seperti kuliah agama, ceramah, dsb. Sumbangan boleh diserahkan kepada Bendahari Tuan Hj Musbahuddin Kasim (019-6512323) atau AJK yang lain dengan mengisi Borang Derma yang dilampirkan. Derma boleh juga dibuat melalui cek atas nama Surau Al-Falah Bandar Tasik Selatan, atau bank-in terus ke No. Akaun Bank Muamalat 14080000460710.

Tuesday, January 17, 2012

Mesyuarat AJK Surau Al Falah

Makluman Mesyuarat AJK Surau Al Falah :

Tarikh : 18/1/12 (Rabu) selepas Solat Isya' di Dataran Al Falah.

Agenda:
1. Sambutan Maulidur Rasul
2. Perkara berbangkit. 

Semua AJK di kehendaki hadir.

Lain2 Ahli Jemaah juga di jemput hadir.