Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Friday, December 31, 2010

Penutupan Sementara Surau alFalah pada Waktu Zohor Sabtu 1 Jan 2011

Assalamualaikum wrt,
 
Kepada kariah Al-Falah BTS sekalian,
 
Pada mesyuarat khas 30 Disember 2010 / 24 Muharam 1432H, pihak AJK Surau telah mengambil ketetapan seperti berikut.
 
"Sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan surau kita dijadikan tempat berkumpul peserta "Demonstrasi Menuntut Hak di Terminal Bersepadu Selatan" pada 1 Januari 2011 jam 2.00 ptg, AJK Surau telah memutuskan supaya kedua-dua pintu pagar surau di kunci selepas kuliah subuh hari yang berkenaan. Langkah ini perlu diambil memandangkan ribuan peserta demo dijangka hadir dan Surau Al-Falah telah dipilih sebagai satu daripada empat tempat mereka berkumpul (sila rujuk surat edaran penganjur). Sedangkan pihak AJK Surau al-Falah tidak pernah dimaklumkan oleh pihak penganjur demo berkenaan."
 
Kami memohan maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat dikesali.
 
Sekian dimaklumkan, jazakumullahu khairan kathira.
 
Pengerusi
AJK Surau AL-FALAH

Friday, December 24, 2010

Tahniah buat pelajar2 PMR

Assalamualaikum wrt, wbr,

Kepada semua kariah BTS yang berkenaan,
Kami bagi pihak AJK Surau AL-FALAH ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada anak-anak kariah yang telah berjaya mendapat keputusan CEMERLANG dalam PMR 2010 yang baru diumumkan keputusanya semalam 23 Disember 2010.
Semoga kejayaan ini dijadikan titik permulaan dan halatuju kepada kejayaan yang lebih besar diperingkat SPM/STPM dan seterusnya, insyaallah.
Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Peluang masih terbuka luas untuk memperbaiki kelemahan dan insyaallah dengan kesungguhan yang ada, suatu hari nanti kejayaan yang cemerlang boleh dicapai. Kata-kata Inggeris menyebut "NO GAIN WITHOUT PAIN" - sesungguhnya tiada kejayaan akan diperolehi tanpa usaha yang setimpal dengan sasaran yang ingin kita capaikan.
Sekian, selamat menempuh sesi baru persekolahan 2011 dengan semangat baru yang lebih meyakinkan.
b/p AJK Surau ALFALAH

Kuliah Suboh

Tarikh : Sabtu, 25/12/2010
Penceramah : Us Maliki, Imam Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan

Harap dapat disebarkan . . .

SKIM KHAIRAT KEMATIAN BERKELOMPOK KARIAH BTS/SURAU ALFALAH

Salam buat Ahli Kariah Surau Al-Falah,


Ingin saya maklumkan SKIM KHAIRAT KEMATIAN BERKELOMPOK KARIAH BTS/SURAU ALFALAH telah kita aturkan dengan syarikat KOPERASI PERUNDING TAKAFUL IKHLAS SDN BHD. Setakat ini 2 kumpulan berjumlah 35 peserta/keluarga melibatkan 135 org ahli kariah termasuk anak-anak telah mendaftar. Masih ramai lagi kariah yang belum mendaftar sebab penduduk Muslim BTS Fasa 1 lebih 180 buah rumah.

Kiranya tuan berminat untuk turut serta, sila hantar borang yang lengkap kepada Pengerusi AlFalah / Penyelaras Skim Khairat sebelum 23 27 DIS 2010 untuk dihantar ke KOPERASI TAKAFUL pada 24  27 DIS 2010 (Kumpulan 3).

Caruman : RM20.00 SAHAJA setiap keluarga/setahun.

Faedah kepada waris sekiranya berlaku kematian adalah spt berikut:
a) Peserta : RM 3,000.00
b) Pasangan (isteri/suami) : RM 2,000.00
c) Anak (3 orang setahun) : RM 1,000.00 setiap orang.

Had umur :
a) Peserta : 69 tahun
b) Anak : 18 tahun atau 23 tahun sekiranya masih belajar.

Anak yang melebihi had umur tersebut di atas boleh mencarum sebagai peserta bersendirian.
Untuk Warga Tentera : sila gunakan nama ISTERI sebagai PESERTA dan anda sebagai pasangan.

Borang penyertaan boleh dimuatturun daripada BLOG ALFALAH. Isikan butiran yang diperlukan termasuk alamat rumah dan no HP untuk mudah dihubungi sekiranya perlu.

Sertakan fotokopi MyKad PESERTA sahaja.

Sila maklumkan kepada jiran-jiran MUSLIM yang belum menjadi ahli.
Sekian, syukran jzk.
Pengerusi / Penyelaras Skim Khairat

Surau Al-Falah

Saturday, December 18, 2010

Gotong-royong Maal Hijrah 11/12/2010

Gambar2 gotong-royong memasak pada 11/12/2010 telah di 'upload' ke Web Album Al-Falah dan juga di Facebook. Sila klik pada web album atau lawati Facebook kami.

Monday, December 6, 2010

Siaran Rakaman Program Bicara Mufti di TV1

Jadual tentatif siaran BICARA MUFTI yang dirakam di Surau Al-Falah pd 30 oktober 2010 lepas, yang dimaklumkan oleh penerbit JAKIM adalah seperti berikut:
1)  Tajuk 1 - Percanggahan Pendapat adalah Rahmat 13/12/10, 6.30 pagi  TV1
2)  Tajuk 2 - Pengurusan Harta Anak Yatim               20/12/10, 6.30 pagi  TV1
Syukran, jzk.
Pengerusi Al-Falah