Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Wednesday, April 20, 2011

Cadangan FORUM ISRAK & MIKRAJ Surau Al-Falah 1432H

Assalamualaikum wrt,

Lanjutan daripada mesyuarat AJK Surau ke-8 pada 7 April 2011 @ 3 Jamadilawal 1432H, suatu ketetapan telah dibuat untuk pihak Surau Al-Falah menganjurkan program yang tersebut di atas. Ahli panel yang dicadangkan terdiri daripada gandingan 3 orang ustaz penceramah jemputan yang terkenal.

Tujuan program ini diadakan adalah sempena sambutan Israk & Mikraj disamping untuk mengumpul dana surau yang diperlukan bagi pembangunan tambahan bumbung di Dataran al-Falah serta menampung aktiviti kuliah, bil api/air dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, suatu AJK Adhoc yang diketuai oleh Tuan Hj Aminuddin akan dibentuk untuk mengendalikan program tersebut. Tuan/puan kariah yang berminat untuk turut serta dan memberikan sumbangan dalam AJK Adhoc berkenaan amat dialu-alukan. Sila hubungi Tuan Hj Aminuddin hp 019-3277943 untuk maklumat lanjut.

Mesyuarat pertama AJK FORUM AL-FALAH dijangka akan diadakan pada hari Sabtu 23 April 2011 / 19 Jamadilawal 1432H selepas solat Isyak di Dataran Al-Falah. Semua kariah yang ingin menyertai AJK FORUM dipersilakan hadir.

Sekian dimaklumkan, syukran jazakallahu khairan kathira.

bp AJK Surau Al-Falah

Monday, April 4, 2011

Pindaan Nama Koperasi Takaful

Assalamualaikim warahmatullahi wabarakatuh,
Sila ambil maklum yang nama Koperasi Takaful telah dipinda dari Koperasi "Johor" Berhad (dalam Sijil induk) kepada Koperasi "Malaysia" Berhad (dalam sijil baru kariah Al-Falah). Surat berkenaan pindaan ada dilampirkan untuk rujukan ahli skim takaful khairat Surau Al-Falah kalian.
Pengerusi.