Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Monday, February 7, 2011

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1432H

01 Februari 2011 / 27 Safar 1432H


Ahli Jemaah / Qariah
Surau Al Falah
Bandar Tasik Selatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1432H

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Surau Al Falah & Ahli Qariah dalam mesyuarat pada 20 Januari 2011 telah memutuskan untuk mengadakan program sambutan di atas seperti berikut :

Tarikh / Masa / Aktiviti

15 Februari 2011 (SELASA) Bersamaan 12 Rabbiul Awal 1432H

7.45 pagi Solat Dhuha Berjemaah
8.00 pagi Perarakan Sambutan Maulidul Rasul Melalui Jalan-jalan di Dalam Kawasan Taman Bandar Tasik Selatan Fasa 1. Digalakkan Memakai Baju Melayu/Baju kurong
9.00 pagi Jamuan Makan Di Dataran Al Falah
5.30 ptg Mengemas dan Membersih Dataran Al-Falah
7.25 mlm Solat Maghrib Berjemaah
7.40 mlm Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Fathlul Rahimi
8.41 mlm Solat Isyak Berjemaah
9.00 mlm Jamuan Makan (Pot-luck serta kuih-muih dan buah-buahan)
Kami menjemput semua muslimin dan muslimat serta ahli keluarga /qariah Bandar Tasik Selatan untuk menjayakan perarakan maulidul Rasul dan hadir ke Majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan puan akan memeriahkan majlis dan beroleh keberkatan Allah swt.
Sehubungan dengan sambutan di atas, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada Dato/Datin/tuan/puan untuk mengisi tabung surau yang memerlukan dana dalam pengurusan bil dan penganjuran pelbagai aktiviti mingguan seperti kuliah agama, ceramah, dsb. Sumbangan boleh diserahkan kepada Bendahari Tuan Hj Musbahuddin Kasim (019-6512323) atau AJK yang lain dengan mengisi Borang Derma yang dilampirkan. Derma boleh juga dibuat melalui cek atas nama SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK SELATAN, atau bank-in terus ke No. Akaun Bank Muamalat 14080000460710.
Sekian, terima kasih. Jazakallahu khairan kathira.
Yang benar ,

(Hj Dzainuddin bin Abd Jalil)
Pengerusi Jawatan Kuasa
Surau Al Falah BTS

1 comment:

  1. Penghargaan kepada Peserta Perarakan Maulid Rasul 1432H
    -------------------------------------------------------
    Assalamualaikum wrt,

    Alhamdulillah, pihak AJK Surau Al-Falah ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan tahniah kepada kalian kariah muslimin dan muslimat Surau Al-Falah serta keluarga yang telah turut menjayakan perarakan Maulidurasul pada 12 Rabiulawal 1432H bersamaan 15 Februari 2011.

    Di atas limpah rahmat Allah yang menjadikan cuaca pagi yang begitu hening perarakan yang bermula kira-kira jam 8.30 pagi daripada Surau AlFalah melalui Jalan 16, Jalan 11, Jalan 17, Jalan 19, Jalan 14, Jalan 17, Jalan 11, Jalan 10 dan berakhir di Surau lebih kurang pada pukul 9.15 pagi.

    Sambutan yang diadakan secara sederhana namun kemeriahannya tetap dirasai dengan kehadiran kanak-kanak semuda 3 tahun hinggalah ke senior veteran. Laungan selawat Nabi di sepanjang perarakan menambah lagi keceriaan majlis pagi itu.

    Terima kasih daun keladi juga kita rakamkan kepada penaja jamuan sarapan pada pagi itu, Hj Zolkfali Harun tetuan Sup Meletup, BTS. Akhirnya tidak lupa diucapkan terima kasih kepada pihak PDRM yang telah memberikan permit untuk majlis perarakan tersebut.

    Sekian, jazakallahu khairan kathira.

    b/p AJK Surau ALFalah

    ReplyDelete