Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Wednesday, March 16, 2011

Perlantikan Tuan Hj Nurulhuda Mat Nor sebagai YDP BTSRA

Hj Nurul berucap dimajlis Aidil Fitri 2010

Bagi pihak AJK Surau Al-Falah serta kariah BTS Fasa 1, kami ingin merakamkan ucapan tahniah kepada tuan Setiausaha Surau Al-Falah, Tuan Hj Nurulhuda Mat Nor yang telah dipilih sebagai YDP BTSRA yang baru pada Mesyuarat Agong 27 Februari 2011.
Semoga tuan Hj Nurul akan dapat melaksanakan tugas kepimpinan yang diamanahkan dengan sebaik yang mungkin. Di pihak kariah dan ahli BTSRA, marilah kita berikan kerjasama sewajarnya kepada saf AJK yang dipilih agar segala program kemasyarakatan yang diatur akan berjalan dengan lancar dan memberi faedah kepada kesejahteraan warga BTS Fasa 1 keseluruhannya.
Kami pihak AJK Surau Al-Falah juga ingin menawarkan kepada BTSRA ruang/media penyampaian maklumat melalui Newsletter SUARA ALFALAH yang dikeluarkan setiap tiga bulan. Edisi ke-3 SUARA ALFALAH dijangka akan diedarkan pada hujung Mac 2011.

Sekian terima kasih.


 "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT".


Pengerusi
AJK Surau Al-Falah
2010/12

2 comments:

  1. ... untuk pengetahuan AJK dan kariah SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK beliau merupakan bendahari KOPUTRA.

    Jika tuan2 tanya semua kakitangan KOPUTRA maka tidak ada seorangpun yang menyukai beliau. Di KOPUTRA beliau lebih dikenali sebagai seorang yang sombong, ego, berlagak, suka memaki hamun kakitangan dan gila jawatan.

    Beliau kekal menjadi bendahari KOPUTRA bertahun2 pun kerana merasuah perwakilan dan bersetongkol dengan Ahli2 lembaga yang lain.

    Beliau pernah ada kes 'pecah amanah' jadi AJK SURAU AL-FALAH BANDAR TASIK berhati2lah dengan tabung surau selagi beliau menjadi pengerusi.

    Beliau pandai berpura2 baik dimata masyarakat untuk merebut jawatan2 penting dalam masyarakat. Sebenarnya beliau memiliki peribadi yang jelek sehingga tiada kakitangan yang menyukai beliau malah semua kakitangan benci dengan beliau.

    BERWASPADALAH DENGAN ORANG INI.... INI BUKAN FITNAH.. JIKA TAK PERCAYA TANYALAH KAKITANGAN2 KOPUTRA.. NESCAYA TUAN AKAN MENDAPAT JAWAPAN YANG LEBIH KONKRIT DAN DIPERCAYAI...

    ReplyDelete