Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Tuesday, January 18, 2011

Syukran kepada Ahli Zaujah Solehah yang Dermawan

Assalamualaikum wrt,

Bagi pihak AJK Surau Al-Falah, kami mengucapkan syukran jzk kepada dua insan dermawati dari kalangan ahli Zaujah Solehah Surau Al-Falah (nama tidak disiarkan tanpa diberi keizinan) di atas sumbangan kepada dana surau. Insyaallah kami akan salurkan sumbangan tersebut untuk bayaran bil api / air surau seperti yang dihajatkan. Alhamdulillah, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. Kebetulan pihak surau sedang memerlukan dana untuk tujuan berkenaan.

Untuk makluman ahli kariah kalian, pada awal tahun 2010 pihak surau mendapat penajaan untuk bil api dan air daripada dua individu dermawan kariah BTS sendiri. Bagaimanapun, selepas bulan September penajaan bil elektrik telah terhenti dan terpaksa dibayar menggunakan dana surau. Apa pun pihak surau amat bersyukur dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas sumbangan tuan dermawan selama tempoh tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak AJK Surau Al-Falah sentiasa membuka ruang dan peluang kepada mana-mana pihak yang berhajat untuk menginfakkan sebahagian rezeki yang Allah kurniakan dengan menaja bil letrik surau mulai awal tahun 2011 ini. Sebagai anggaran bil letrik surau Al-Falah adalah antara RM350.00 - RM400.00 setiap bulan, kecuali pada bulan Ramadhan ianya mencecah hingga RM600 - RM700. Moga-moga sumbangan ikhlas Dato/Datin/Hj/Hjh/Tuan/Puan akan mendapat ganjaran saham akhirat yang Allah sahaja dapat menilaikannya. Wallahu a'lam.

Sebarang pertanyaan tentang penajaan bil berkenaan boleh diajukan kepada Pengerusi Surau Al-Falah (Hj Dzainddin, hp 019-3377705) atau Bendahari (Hj Musbahuddin  019-6512323).

Sekian, syukran jazakallahu khairan kathira.

Pengerusi
AJK Surau Al-Falah

No comments:

Post a Comment