Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Wednesday, October 27, 2010

Rakaman Program TV BICARA MUFTI di Surau AL-FALAH

Tempat : Surau Al-Falah
Tarikh & Waktu : Sabtu 30 Okt 2010 dari 4.30 - 6.50 ptg
Anjuran Bersama : JAKIM, Rumah Anak-anak Yatim Darul Taqwa (ASDAT) & Surau Al-Falah
Penceramah Jemputan : Dato' Timbalan Mufti Selangor

1. Aturcara rakaman terbahagi kepada 3 tajuk yang mengambil masa 20-30 minit setiap slot. Tajuk utama adalah berkaitan dengan isu Anak Yatim.

2. Pihak production JAKIM akan buat setup backdrop dalam dewan solat surau mulai 10 pagi 30 okt. Bahagian depan tidak akan terganggu untuk solat zohor dan asar.

3. Pihak JAKIM memohon kerjasama semua kariah Muslimin/Muslimat BTS dan kawasan sekitar hadir beramai-ramai - kalau boleh lebih 100 orang. Pakaian hendaklah kemas dan bersopan. Elakkan memakai warna putih kerana ia akan mengganggu kualiti penggambaran.

4. Ustaz Omar akan membawa anak yatim ASDAT kira-kira 20 orang.

5. Untuk setiap slot tajuk, ruang untuk soalan akan dibuka untuk penonton bertanya kepada penceramah (2 soalan) - terdiri daripada seorang muslimin dan seorang muslimah. Sesiapa yang ingin menjadi penyoal, sila beri nama kepada Ustaz Omar selewatnya 29 oktober 2010.

6. Jamuan ringan akan disediakan selepas program - sebelum waktu maghrib. Sekiranya ada mana-mana sponsor/caterer yang ingin memberi sumbangan jamuan, nama syarikat akan dimasukkan dalam senarai Penghargaan siaran BICARA MUFTI melalui TV1 berkenaan. Sila maklumkan nama caterer yang berminat kepada Ustaz Omar/AJK Surau AlFalah selewatnya 29 oktober 2010.

Sila war-warkan kepada jiran-jiran dan sahabat handai di sekitar BTS. Kerjasama tuan/puan amat dihargai.

1 comment:

  1. Assalamualaikum wrt,

    Kepada semua qariah BTS dan warga ASDAT (Sg Besi), kami bagi pihak AJK Surau Al-Falah ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kehadiran Dato'/Datin/tuan/puan dalam menjayakan program penggambaran berkenaan.

    Tidak lupa terima kasih kita kepada penaja jamuan, RESTORAN MOHD ALI yang turut memeriahkan acara pada hari itu.

    Insyaallah, kedua-dua tajuk BICARA MUFTI yang dirakamkan di Surau Alfalah pada 30 Oktober 2010 itu, akan disiarkan di TV1 dalam bulan November ini. Tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

    Syukran, jazakallahu khairan kathira.

    ReplyDelete