Running Tagline

* Marilah Kita Bersama Memakmurkan Surau Kita dengan : Solat Berjemaah / Kuliah Maghrib / Kuliah Subuh dan lain-lain lagi *

Thursday, July 22, 2010

Bermulanya Perjuangan Kita . . .

Dengan Kalimah Bismillahirrahmannirrahim saya daftarkan blog ini pada hari khamis malam jumaat, 22 Julai, 2010 bersamaan 10 Sya'ban 1431 H

16 comments:

  1. Bismillahir rahmanirrahim,

    Alhamdulillah, pada hari Khamis malam Jumaat 22 Julai 2010, bersamaan 10 Sya'aban 1431H, kita kariah Surau AlFalah BTS telah berjaya melakar satu sejarah di mana laman BLOG AL-FALAH telah dilahirkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Mohd Amir diatas inisiatif yang beliau ambil dalam menjadikan impian kita ini menjadi kenyataan.

    Dengan adanya laman BLOG AL-FALAH ini, diharapkan semua ahli kariah BTS akan mendapat menafaat dan sama-sama menyumbang kepada perkembangan dan pengisiannya dalam masa terdekat.

    Bagi pihak AJK Surau Al-Falah sesi 2010/12, saya sekali lagi ingin merakamkan rasa kesyukuran dan berbesar hati agar matlamat BLOG AL-FALAH sebagai jambatan penghubung antara kariah di BTS dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

    Wallahualam.

    Pengerusi AL-Falah

    ReplyDelete
  2. MUTIARA KATA TENTANG KEHIDUPAN

    Ya Allah, pencipta sekalian alam, semoga kiranya kami dapat menyediakan diri dalam menghadapi ...

    • segala kengerian dgn “Laa ilaahaillaallaah” (tiada tuhan hanya Allah)

    • setiap kesedihan dan kedukaan “MasyaAllah” (sesuatu yang sudah dikehendaki tuhan)

    • setiap nikmat “Alhamdulillah” (segala puji bagi Allah)

    • setiap kelapangan dan cubaan “Asy Syukru Lillah” (syukur kpd Allah)

    • setiap yang menghairankan “Subhaa nallaah” (Maha suci Allah)

    • setiap dosa “Astagfirullaah” (aku meminta ampun kepada Allah)

    • setiap musibah “Innaa lillaahi Wa Innaailaihi rooji’uun” (dan kpdNYA kita kembali)

    • setiap kesempitan “Hasbiyallaah” (cukup Allah tempatku bergantung harap)

    • setiap qadha’ dan qadar “Tawakkaltu ‘alallaah” (aku berpegang/ berserah kpd Allah)

    • setiap dapat berbuat taat dan musibah “Laa Haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil’ azhiim” (tiada daya dan kekuatan melainkan Allah yg Maha tinggi dan Maha besar)

    wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Hati-Hati Menulis “Wallahu A’lam”
    ---------------------------------------

    Penulisan rangkaikata penutup ini biasanya digunakan itu untuk menunjukkan "Allah Swtlah yang Mahatahu" atau lebih tahu segala sesuatu dari kita. Hanya Allah yang Mahabenar dan Pemilik Kebenaran mutlak. Kebenaran yang kita tuliskan itu adalah relatif, kerana kita manusia tidak terlepas dari berbuat kesilapan.

    Penulisan yang sebenar, jika yang dimaksudkan “Dan Allah Mahatahu” adalah Wallahu a’lam (tanda koma di atas [‘] selepas huruf “a” atau sebelum huruf “l”). Tapi sangat sering kita jumpai penulisan yang begini: Wallahu ‘alam (koma di atas [‘] sebelum huruf “a”).

    Jelas, Wallahu a’lam dan Wallahu ‘alam berbeza maknanya. Yang pertama (Wallahu a’lam) ertinya “Dan Allah Mahatahu/Maha Mengetahui atau Lebih Tahu”. Yang kedua (Wallahu ‘alam) ertinya “Dan Allah itu alam”, bahkan tidak jelas apa erti ‘alam di situ? Kalau ‘alamin atau ‘aalamin, jelas ertinya alam, seperti dalam bacaan “alhamdulillahi robbil ‘alamin.”

    Jadi, kalau yang kita maksud itu “Dan Allah Mahatahu”, maka penulisan yang benar adalah Wallahu a’lam, BUKAN Wallahu ‘alam.

    Semoga Allah mengampunkan kesilapan kita yang lepas.

    Wallahu a’lam.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt
    Tahniah kerana berjaya menghasilkan satu blog surau kita. Saya mempunyai beberapa cadangan yang boleh menambahbaikkan lagi blog ini:

    1. Menyediakan satu Senarai beserta gambar AJK surau al-falah yang terkini dan portfolio masing-masing supaya dapat dihubungi (no telefon dan alamat) sekiranya terdapat perkara yang melibatkan rukun tetangga seperti kematian, kenduri, tahlil dan lain-lain.

    2. Menyertakan gambar sekitar surau dan laporan2 aktiviti yang telah dijalankan

    3. Newsletter tentang perkembangan surau bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet.

    4. Masjid-masjid yang menaungi surau al-falah

    Teruskan dengan usaha yang murni ini.

    Hj Mohd Zain B Hj Tamsir
    10, Jalan Tasik Selatan 10
    Bandar Tasik Selatan
    Sungai Besi
    57000 Kuala Lumpur
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    Tel rumah: 03-91734477
    Tel bimbit: 019-3224477
    email: zain_tamsir@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt

    Tahniah kerana berjaya menyiapkan blog surau kita ini. Saya ada beberapa cadangan utk menambahbaikkan lagi blog ini.

    1. Menyertakan senarai AJK surau yang terkini beserta gambar dan no perhubungan masing-masing (alamat rumah dan no telefon) agar mereka dapat dihubungi.

    2. Menyertakan portfolio AJK agar kami dapat tahu dan menghubungi mereka sekiranya terdapat perkara yang melibatkan rukun tetangga seperti kematian, perkahwinan, tahlil dan lain-lain

    3. Menyediakan newsletter mengenai perkembangan surau al-falah kepada semua.

    4. Menyediakan senarai masjid2 yang menaungi surau al-falah

    5. Menyediakan gambar2 surau dan aktiviti2 yang telah dijalankan.

    Teruskan usaha yang murni ini.
    Sekian.
    Wassalam

    Hj Ir. Mohd Zain B. Hj Tamsir
    10, Jalan Tasik Selatan 10
    Bandar Tasik Selatan
    Sungai Besi
    57000 Kuala Lumpur
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

    No Tel Rumah: 03-91734477
    No Tel Bimbit: 019-3224477
    Email: zain_tamsir@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Waalaikum salam Ir Tuan Hj Mohd Zain,

    Terima kasih di atas cadangan yang baik itu. Pihak AJK Surau Al-FALAH akan cuba usahakan cadangan tersebut dalam tempoh terdekat.

    Moderator BLOG kita, Tuan Hj Amir akan mengambil tindakan selanjutnya, insyaAllah.

    Syukran, jazakallahu khairan kathira.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Semua Qariah AL-FALAH sekelian,

    Oleh sebab beberapa masalah teknikal, senarai AJK yg lengkap belum dapat dimuatnaikkan. Untuk kemudahan rujukan, dipaparkan melalui kolum ini senarai AJK sesi 2010/12:

    1) Pengerusi - Hj Dzainuddin A.Jalil (7, Jln 17; 019-3377705)
    2) Tim Pengerusi/Imam - Ust Mohd Razli Ibrahim (18, Jln 18; 012-9117444)
    3) Setiausaha - Hj Nurul Huda MatNor (17, Jln 19; 019-2420248)
    4) Pen SU/Bilal - En. Shafee Shariff (76, Jln 11; 019-2137754)
    5) Bendahari - En. Musbahudin Kassim (51, Jln 17; 019-6512323)
    6) Pen Bendahari - Tn Hj Syed Ali Syed Abd (64, Jln 10; 013-3530151)
    7) Juruaudit - Hj Mohd Amir Abdullah (19, Jln 13; 016-6956288)
    8) Pen Juruaudit - En Mahadzir Bustam (27, Jln 17; 019-3353156)
    9) AJK/Penyelaras Kuliah & Dakwah/Imam - Hj Aminuddin Hj Mohd Salleh (13, Jln 13; 019-3277943)
    10) AJK/Imam - Hj Wan Ladin Wan Haron (60, Jln 10; 013-3921130)
    11) AJK - Hj Abd Aziz Yeop (10, Jln 15; 019-2218466)
    12) AJK/Pgrs Jamuan - En Mohd Tajuddin B. Hitam Mat Wali (2, Jln 15; 019-2165218)
    13) AJK/Jamuan - En Abu B Mokni (35 Jln 16; 019-3879766)
    14) AJK/Bilal - En. Daud Alimon (23, Jln 12; 019-6974466)
    15) AJK/Jamuan - En Mohd Zaid Tajab (72, Jln 10; 013-3805984)
    16) AJK - Hj Arshad Samad (66 Jln 10; 016-9811000)
    17) AJK/Jamuan - En Abd Malik Wahab (23, Jln 25; 03-90187437)
    18) Imam - Ustaz Hj Omar Hj Samsuri (11, Jln 13; 019-6343996)
    19) Bilal - Hj Razak (27, Jln 19; 019-2212872)
    20) Bilal - Hj Alsagaf (16 Jln 15; 016-2330351)

    Penyelaras urusan jenazah:
    1) Ustaz Hj Omar
    2) Tn. Hj Aminuddin

    Penyelaras Pembangunan/Penyelenggaraan Infra:
    1) En Shafee Shariff

    Sekian t/kasih.

    ReplyDelete
  8. TERBITAN SULUNG SUARA AL-FALAH

    Alhamdulillah, sekalung penghargaan tahniah dan syabas kita ucapkan kepada Editor SUARA ALFALAH, Ir. Tuan Hj Mohd Zain serta Sidang Redaksinya kerana telah berjaya melakar satu lagi sejarah dengan keluaran sulung Edisi 1/2010 pada hari ini 1 Oktober 2010/22 Syawal 1431H. Edisi pertama memuatkan berbagai berita dan informasi Qariah Surau AL-Falah dari Julai - September 2010. Insyaallah Newsletter SUARA ALFALAH akan diterbitkan secara berkala setiap 3 bulan. Diharapkan ianya akan memberi manfaat kepada semua ahli qariah Bandar Tasik Selatan. Sumbangan tuan/puan dalam bentuk berita, artikel ilmiah, komentar dan sebagainya untuk edisi akan datang amat dialu-alukan.

    Sekian, wassallam.

    Pengerusi Surau Al-FALAH

    ReplyDelete
  9. SELAMAT MENGHADAPAI PMR 2010

    Bagi pihak AJK Surau Al-Falah, kami mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan PMR kepada anak-anak qariah BT Selatan. Kami doakan agar mereka dapat menjawab soalan dengan tenang dan berjaya dengan cemerlang, insyaallah.

    AJK Surau Al-Falah

    ReplyDelete
  10. Salam Takziah

    Ahli qariah Surau Al-Falah ingin menyampaikan ucapan takziah kepada Tuan Hj Aminuddin dan keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah ibunda yang tersayang di Rantau, Seremban NS pada 5 Zulkaedah 1431H / 13 Oktober 2010. Semoga roh allahyarhamah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman, insyaallah. Al-fatihah.

    ReplyDelete
  11. SIARAN "BICARA MUFTI" YANG DIRAKAM DI SURAU ALFALAH PADA 30 OKTOBER 2010

    Alhamdulillah, rakaman pertama program BICARA MUFTI bertajuk "Percanggahan Pendapat suatu Rahmat" yang diadakan di Surau ALFALAH pada 30 Oktober 2010 lepas telah disiarkan melalui TV1 pada 13 Disember 2010 jam 6.30pagi.

    Ramai juga di antara kariah BTS yang ke udara dalam program berkenaan.

    Insyalallah, siaran tajuk ke-2 mengenai "Pengurusan Harta Anak Yatim" dijangka ke udara pada 20 Disember 2010 di TV1 jam 6.30pagi.

    Kepada pihak Dato' Hj Abd Majid Omar (Tim Mufti Selangor)/RTM1/JAKIM/AJK AlFalah/Penaja Jamuan(Restoran Mohd Ali)dan semua yang menjayakan program tersebut, kami ucapkan syukran jazakumullahu khairan kathira (semoga Allah memberi ganjaran dengan sebaiknya).

    Wallahu a'lam.

    b/p Pengurusan AL-FALAH

    ReplyDelete
  12. TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2010 ANAK KARIAH BTS

    Kepada sesiapa yang berkenaan,

    Bagi pihak AJK Surau Al-Falah, kami ingin merakamkan setinggi tahniah kepada anak-anak kariah Bandar Tasik Selatan yang telah berjaya meraih kejayaan cemerlang pada SPM 2010 yang baru diumumkan pada 23 Mac 2011.

    Semoga kejayaan anda kalian akan membawa anda kepada pencapaian yang lebih baik dan dapat dikekalkan untuk memberi kejayaan seterusnya di dunia dan akhirat, insyaallah.

    Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah suatu ibadah yang termasuk dalam golongan "fiisabiilillah" dan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah swt.

    Wallahu a'lam.

    AJK Surau AL-Falah
    2010/12

    ReplyDelete
  13. AWAS KEGIATAN MUBALIGH KRISTIAN DI SEKITAR BTS

    Kepada ahli kariah BT Selatan kalian,

    Kami pihak AJK Surau AlFalah ingin memaklumkan kepada para kariah kalian agar berwaspada dengan kegiatan pendakwah Kristian yang sedang aktif menyebarkan ajaran Kritian di kawasan perumahan BTS dan sekitarnya.

    Pada 17 Mei 2011 (semalam), beberapa ahli kariah kita telah dikunjungi oleh dua orang mubaligh asing yang mendakwa datang dari LA (Los Angeles USA) untuk menyebarkan ajaran Kritian dari rumah ke rumah.

    Walaupun mereka menyatakan untuk menziarahi rumah non-Muslim, manakan mungkin mereka mengenali rumah kita semua.

    Oleh itu sekiranya kes tersebut berulang, diharap kariah kalian dapat mengambil langkah prihatin dengan segera melaporkan kepada AJK Surau agar tindakan sewajarnya dapat diambil sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

    Kita amat bimbang mereka menjadikan remaja kita sebagai sasaran memandangkan mereka mempunyai dana kewangan yang kuat dan mudah untuk mempengaruhi anak-anak muda jika tidak diawasi.

    Kerjasama dan keprihatinan kariah kalian amat dihargai, terima kasih.

    b/p AJK Surau Al-Falah

    ReplyDelete
  14. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR

    Assalamualaikum wrt,

    Kepada semua calon UPSR 2011 dari kalangan anak kariah BTS Fasa 1 & 2, AJK Surau AlFalah mendoakan agar adik-adik dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan sabar. Seterusnya bertawakkal kepada Allah agar segala usaha adik-adik selama ini beroleh kejayaan.

    Tidak lupa kepada ibu bapa dan guru-guru yang berkenaan, kami berharap tuan/puan dapat memberikan sokongan moral yang terbaik kepada anak-anak.

    Dengan kerjasama yang baik diantara semua pihak, insyaAllah apa yang dihajatkan akan tercapai. Sama-sama kita berdoa dan pohon pertolongan daripada Allah agar calon UPSR tahun 2011/1432H kariah BTS mencapai keputusan yang cemerlang demi kebaikan di dunia dan akhirat. Amin.

    Sekian.

    b/b AJK Surau AlFALAH

    ReplyDelete
  15. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM/STPM/STAM 2011/1432H

    Kepada anak-anak kariah B.T Selatan yang berkenaan,

    Bagi pihak AJK Surau alFalah, kami ingin mengucapkan "Selamat Menghadapi Peperiksaan" dan kami doakan agar segala usaha dan persediaan yang telah dibuat sejak sekian lama membuahkan kejayaan cemerlang seperti yang diimpikan.

    Apa pun hasilnya, kita harus jangan lupa bahawa segala-gala yang akan diperolehi adalah ketentuan Qada' & Qadar Allah yg Maha Berkuasa ke atas kita hamba yang lemah.

    Oleh itu, disamping anda bertungkus lumus belajar untuk menghadapai peperiksaan (dunia)jangan sekali-kali kita lupa akan tanggungjawab harian sebagai orang Muslim iaitu solat 5 waktu sehari semalam (persiapan akhirat).

    Disamping itu sentiasalah berdoa dan memohon kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang agar segala yang dihajatkan akan tercapai dengan jalan yang mudah, insyaallah.

    Sekian

    b/p AJK Surau Al-Falah
    November 2011

    Nota:
    Maaf kepada anak kariah yang telah selesai peperiksaan PMR, ucapan ini tidak dapat disiarkan di atas masalah teknikal pada ketika peperiksan tersebut sedang berjalan. Kami tidak lupa mendoakan agar anda semua berjaya.

    ReplyDelete
  16. Tahniah Yang Cemerlang UPSR/UPSRA 2011/1432H

    Kepada anak-anak kariah BT Selatan yang telah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan, kami AJK Surau Al-Falah merakamkan ucapan tahniah.

    Semoga kejayaan kali ini akan membawa anda semua ke satu tahap pencapaian yang lebih cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.

    Sekian.

    b/p AJK Surau Al-Falah
    Disember 2011/Muharram 1433

    ReplyDelete